Contoh Penutup Assignment Ctu 151


KONSEP TAMADUN

1.   Konsep Tamadun

1.1 Definisi Tamadun Menurut Bahasa dan Istilah

Mengikut Kamus Dewan, perkataan tamadun bererti kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Kemajuan meliputi dari sudut rohani (spiritual) dan jasmani (fizikal) sesuatu bangsa atau masyarakat. Pengertian ini menepati makna tamadun dari kacamata Islam.

Dalam bahasa Melayu/Indonesia perkataan peradaban adalah sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan, terhormat, hidup diatur oleh hukum, mempunyai tingkat kebudayaan (cara hidup) yang lebih tinggi daripada orang lain (biadab). Dari segi penggunaan, istilah tamadun lebih menyeluruh daripada istilah peradaban.

Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan tamadun ialah ”civilization”. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin iaitu ”civitas” yang membawa maksud kota atau city dalam bahasa Inggeris.  Penggunaan perkatan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.

Dalam bahasa Arab terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam membicarakan konsep tamadun iaitu istilah ”umran”, ”hadarah”, ”madaniah” dan ”tamadun”. Sejarawan Muslim pertama menulis tentang tamadun ialah Ibn khaldun yang merupakan seorang pakar ilmu kemasyarakatan Islam yang ulung. Perbincangannya tentang tamadun terkandung dalam bukunya yang bertajuk “Al-Muqaddimah li Kitab al-Ibar”. Beliau menggunakan istilah “umran” bagi menerangkan sifat-sifat tamadun. Prof Franz Rosenthal (seorang sarjana Barat) menterjemahkan istilah “umran” sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization). Jesteru itu apa yang dikatakan “umran” dalam kurun ke-14 adalah sama dengan pengertian tamadun dalam kurun ke-20.

Dari segi bahasa istilah “umran” adalah kata terbitan dari perkataan “amara” yang  bererti sebagai kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju, yang berlawanan dengan kawasan kering, tandus atau terbiar dan binasa. Dengan pengertian lain “umran” menyatakan penghidupan menetap yang menjadi asas kepada semua tamadun. Untuk menjelaskan lagi konsep Umran Ibn Khaldun telah meletakkan beberapa ciri bagi “umran” iaitu seperti mempunyai;

*           Pegangan agama yang kuat

*           Sistem kenegaraan yang tersusun rapi

*           Kehidupan cara bandar

*           Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi

*           Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka.

Jelas di sini bahawa konsep “umran” yang diutarakan oleh Ibn Khaldun merangkumi semua aspek kemajuan dalam masyarakat. Ibn Khaldun turut menggunakan istilah “hadharah” dengan diberi pengertian yang sama dengan “umran” (kehidupan yang menetap). Dari segi bahasa “hadharah” bermaksud “satu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan yang berlawanan dengan perkataan “badwi” atau “badawah”.

Istilah ”hadarah” ini turut digunakan oleh Malik Bennabi (seorang pemikir Islam dari Algeria). Menurut beliau istilah hadarah bermakna “berada di tahap maju”.  Lawannya ialah “badawah” yang selalu difahami sebagai hidup ditepi-tepi bukit (jauh dari kemajuan). Kehidupan “badawah” lebih banyak bersandarkan kepada pertanian dan ternakan untuk memenuhi keperluan hidup, sedangkan kehidupan hadarah lebih banyak bersandarkan perindustrian dan perniagaan.

Menurut Malik Bennabi terdapat dua pengertian yang khusus bagi istilah “hadharah” iaitu:

i.    Pengertian Objektif

            Iaitu satu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.

ii.   Pengertian Yang Subjektif

            Ia menggambarkan suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi dan berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas, atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir dapat ideal. Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan nilai-nilai yang dianuti.

Sehubungan dengan itu apa yang dikehendaki oleh Malik Bennabi ialah suatu kehidupan di mana manusia dapat mempergunakan unsur-unsur alam yang berbentuk material dengan sebaik mungkin untuk memudahkan kelangsungan hidup di dunia ini dengan mengambil nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan. Beliau berpendapat sebarang bentuk tamadun yang tidak berasaskan kerohanian tidak akan berjaya serta tidak dapat bertahan lama.

Istilah ”madaniah” pula muncul pada abad ke 20 Masihi. Penulis-penulis seperti Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh telah menggunakan perkataan tersebut dengan meluas dalam tulisan-tulisan mereka. Istilah “madaniah” mempunyai perkaitan dengan tamadun atau kebudayaan bandar (city-based culture) kerana ia diambil dari perkataan Arab “madinah” atau “city” dari bahasa Latin. Pertalian di antara ”civitas”dan ”civilization” mempunyai banyak persamaan dengan perkataan ”madinah” dan ”madaniah”. Wujudnya perkaitan antara tamadun dengan bandar kerana bandar biasanya menginduki sesebuah tamadun.

Pada abad ke 20 Jurji Zaydan (penulis Arab Kristian) telah menggunakan perkataan tamadun dalam bukunya ”Tarikh al-Tamadun al-Islami”. Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam memperkatakan tamadun Islam dan sejarah perkembangannya dan telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Dari segi bahasa, tamadun berasal dari perkataan ”madinah” yang membawa erti membina, mendirikan bandar, menaikan taraf ke tahap beradab, menghaluskan budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta kebudayaan yang luhur.

Dr. Lutpi Ibrahim telah membuat rumusan terhadap penggunaan istilah di atas seperti berikut:

*     Al-Hadharah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berdasarkan akidah, syariah dan akhlak.  Ini merupakan hubungan manusia demgan manusia yang bersumberkan wahyu.

*     Al-Madaniah merupakan pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitar yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu.

*     Tamadun merangkumi kedua-dua aspek yang tersebut di atas.

Kesimpulannya, pentakrifan tamadun iaitu satu bentuk pencapaian kehidupan manusia dalam aspek pemikiran, rohani dan jasmani. Ia meliputi kehidupan yang diatur oleh hukum dan mempunyai tingkat kebudayaan (cara hidup) yang tinggi.

1.2 Definasi Tamadun Islam

Pelbagai definasi tamadun yang telah diutarakan oleh sarjana dan para pengkaji tamadun Islam.  Di antaranya ialah:

Prof. Syed Naquib Al-Attas telah memberi satu takrifan mengenai tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Ibn Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebehi keperluan asas kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Tamadun Islam ialah satu tamadun yang didirikan oleh masyarakat yang mengelarkan diri mereka Muslim.

Muhammad Asad mensifatkan tamadun Islam sebagai satu tamadun yang bersifat ideologi. Beliau menyatakan, tamadun kita adalah tamadun yang berideologi, al-Quran adalah sumber ideologi tersebut dan lebih dari itu sebagai justifikasinya yang unggul dan proses pembentukannya adalah berdasarkan syariah.

Al-Syahid Syed Qutb dalam bukunya ”Ma’alim fi at-Tariq” telah membicarakan tentang masyarakat Islam. Menurut beliau,, masyarakat Islam ialah masyarakat yang bertamadun. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam dari sudut akidah, ibadah, undang-undang, akhlak dan cara hidup.

Manakala Profesor Ismail al-Faruqi dalam kertas kerjanya yang bertajuk ”Islam: TheCivilization Force”, menyatakan bahawa tauhid merupakan inti dasar kepada tamadun Islam kini merupakan idea yang bertemakan kenyataan yang menggambarkan peranan manusia masa kini dan masa lampau. Ilmu tauhid juga memberi gambaran dan membentuk cara berfikir dan tingkahlaku umat Islam ke jalan yang diredhai oleh Allah. Ilmu tauhid merupakan sumber penggerak yang penting dalam membentuk identiti dan kebudayaan dan tamadun Islam.

Jelaslah di sini menampakkan bahawa tamadun Islam itu merupakan sebuah tamadun yang bebas dari mana-mana pengaruh asing. Ia bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

1.3 Masyarakat yang bertamadun menurut Islam

Masyarakat bertamadun menurut Islam ialah masyarakat yang dibentuk berasaskan  Islam sebagai al-Din berteraskan kepada akidah, syariah dan akhlak.  Masyarakat yang benar-benar melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di bumi dan menumpukan sepenuh pengabdian kepada Allah s.w.t. Masyarakat yang menghayati syariah dan undang-undang dalam segenap kehidupan dan menolak undang-undang dan sistem selain undang-undang Allah. Membina kehidupan di atas nilai-nilai moral yang ditentukan Allah dan mengambil manfaat daripada peraturan alam dengan menggunakanya untuk memajukan kehidupan manusia.

Dalam menggambarkan masyarakat Islam yang bertamadun al--Syahid Syed Qutb dalam bukunya “Ma’alim fi at-Tariq” telah menjelaskan masyarakat Islam ialah masyarakat yang bertamadun iaitu masyarakat yang melaksanakan Islam dari sudut akidah, ibadah, undang-undang, akhlak dan cara hidup. Pembinaan masyarakat Islam yang pertama di Madinah oleh Rasulullah s.a.w. adalah sebagai penjelasan kepada maksud sebenarnya masyarakat yang bertamadun mengikut konteks Islam.

1.4 Asas-Asas Tamadun Islam

Tamadun Islam dibentuk daripada berbagai corak dan rupa itu mempunyai asas-asas yang kukuh.  Asas-asasnya adalah seperti berikut;

i.    Akidah

Akidah ialah kepercayaan seluruh jiwa raga terhadap keEsaan Allah, kudrat dan iradat-Nya, tiada yang disembah selain-Nya. Apabila seseorang itu sudah beriman dengan Allah maka ia wajib  mematuhi segala apa yang terkandung dalam lafaz syahadah. Keyakinan individu terhadap akidah atau konsep tauhid inilah menyebabkan ia sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan dengan mengorbankan hartabenda juga jiwa raga semata-mata kerana Allah sebagai bukti ketakwaan. Contohnya seperti Abu Bakar As-Siddik, Bilal Bin al-Rabah dan lain-lain. 

Bertitiktolak daripada asas ini umat Islam telah bersatu dan berjaya membina tamadun yang tinggi bukan kerana mengejar harta kekayaan dan kesenangan hidup duniawai semata-mata atau kerana kepentingan golongan tertentu yang terdiri daripada pelbagai puak, bangsa dan keturunan. Tujuan utamanya ialah untuk menjalin hubungan di antara manusia dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

ii.   Syariah

Syariah merupakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia untuk membawa kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Pengamalan syariah sesungguhnya mampu membentuk manusia berakhlak mulia dan manusia tersebut pula dapat melahirkan tamadun yang unggul berbanding dengan peradaban lain. Orang Islam yang mengamalkan syariah akan memenuhi tanggungjawab mereka terhadap sesama manusia, Tuhan dan makhluk-makhluk yang lain sebagai tanggungjawab khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh itu usaha ke arah kemajuan bukanlah melonggokkan alat-alat canggih, komputer, pesawat, nuklear dan sebagainya, kerana tamadun Islam tidak akan lahir daripada longgokan material sahaja tetapi ia lahir daripada dasar murni keagamaan yang bersepadu.

iii. Akhlak    

 Akhlak merupakan amalan mulia yang menjadi teras sesuatu umat. Ia merupakan kelakuan atau tingkahlaku dalam menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan  hubungan manusia dengan alam. Ia juga merupakan hasil tindakan yang lahir dari seseorang muslim yang berasaskan dari iman dan pelaksanaan undang-undang Allah melalui amalan. Dari akidah dan syariah akan lahir menifestasi tingkahlaku sebenar sifat-sifat muslim yang terpuji. Dari sini juga lahir Muslim sufi, zahid dan sebagainya dengan cara mempelajari dan mengamalkan ilmu tasawuf.

iv.  Ilmu Pengetahuan

Kegemilangan tamadun Islam silam ditempa di antara lain berdasarkan penghayatan budaya ilmu yang tinggi di kalangan masyarakatnya. Dalam al-Quran terdapat begitu banyak ayat-ayat tentang kepentingan ilmu pengetahuan menghendaki supaya manusia berfikir dan belajar.  Ini jelas daripada penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w. melalui surah al-Alaq ayat 1-5. Islam menjelaskan bahawa menuntut ilmu adalah satu proses seumur hidup yang berterusan mulai dari buaian hingga ke liang lahat. Islam telah menjelaskan kepentingan ilmu pengetahuan dalam proses pembinaan manusia dan ketamadunannya. Dengan ilmu manusia mengenal Allah, mengetahui kehidupan ini, mengetahui siapa dirinya serta alam sekitarnya. Dengan ilmu yang telah membawa umat Islam ke mercu kejayaan sebagaimana yang telah dicapai oleh umat Islam terdahulu. Meninjau kedudukan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat Islam kini amat mendukacitakan terutama dalam bidang sains dan teknologi. Seharusnya umat Islam berusaha menanganinya secepat mungkin demi menjaga maruah agama Islam di samping meletakkan umat Islam setara dengan bangsa-bangsa lain di zaman moden ini.

v.   Kekuatan Material

Pada  dasarnya  Islam  tidak  menolak  keduniaan,  malah  Islam  menggalakan  umatnya memanfaatkan dengan sewajarnya sebarang bentuk material baik  di langit mahupun di bumi. Menurut perspektif Islam, unsur material yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan sebaik-baiknya dan dijadikan modal dalam pembinaan tamadun. Kekuatan material ditanggapi masyarakat moden hari ini sebagai kekuatan ekonomi dari sudut kepesatan perindustrian, kecanggihan alat-alat persenjataan, penemuan-penemuan hasil kajian sains dan teknologi dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, umat Islam hari ini harus peka dengan keperluan berkenaan dan bersedia menerima cabaran itu demi meningkatkan martabat umat Islam.  Material juga  perlu untuk kemajuan dan penyebaran agama serta untuk peningkatan taraf hidup manusia.

1.5 Sumber-Sumber Tamadun Islam

Di antara sumber-sumber tamadun Islam ialah:

i.          Al-Quran

ii.         Al-Sunnah

iii.        Al-Ijmak

iv.        Al-Ijtihad

v.         Tamadun yang lain.

i.    Al-Quran

Al-Quran merupakan sumber utama yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Oleh itu pembangunan tamadun Islam mendapat hidayah daripada kitab al-Quran khususnya dalam memantapkan beberapa aspek nilai yang menjadi asas orientasi mukmin dalam merancang dan melaksanakan pembangunan tamadunnya.

Al-Quran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Di dalamnya terkandung risalah Islam yang merangkumi ilmu, hikmat dan petunjuk berkaitan dengan kepercayaaan, ibadat, kemasyarakatan, pentadbiran, hukum dan isi pengajaran yang berkaitan dengan hidup. Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad yang kekal sepanjang zaman. Al-Quran juga sebagai sumber pencetus kepada  kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu adalah wajar dikatakan al-Qur’an adalah sumber inspirasi dalam membina tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam adalah al-Quran. Ahmad Shalaby menjelaskan ”al-Quran mengandungi asas-asas sistem yang kukuh teguh bagi agama dan dunia (tamadun). Andainya kita dapat mentafsirkan asas-asas ini dengan sebaik-baiknya nescaya bakal terbentuk suatu sistem yang sempurna dan sesuai untuk manusia seluruhnya di berbagai zaman dan tempat”.

ii.   Al-Sunnah

Al-Sunnah didefinisikan sebagai apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w. selain daripada al-Quran meliputi perkataan, perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hukum. Dalam konteks tamadun Islam, al-Sunnah merupakan sumber yang kedua selepas al-Quran.  Al-Sunnah berfungsi sebagai penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran, penghurai dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran dengan berbagai cara menjadikan keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tidak ada dalam al-Quran dan keterangan bagi nas. Al-Quran menyediakan panduan sedangkan al-Sunnah pula berperanan melaksanakannya.

Fungsi al-Sunnah boleh dikatakan sebagai penterjemah amali dan perincian kepada al-Quran. Kedua-dua sumber ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.  Dari sinilah datangnya dorongan dan semangat mereka untuk menerokai alam kemajuan di segenap bidang. Segala kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah ditentukan oleh kedua-dua sumber ini.

iii. Ijma’

Ijma’ ialah kesepakatan seluruh ulama Islam pada suatu masa sesudah kewafatan Rasulullah terhadap sesuatu hukum syarak yang berlaku di atas sesuatu perkara yang berkaitan dengan al-Din. Ijma’ adalah hujjah atau dalil dalam pembinaan hukum. Malah ia merupakan asas yang ketiga dalam pembinaan hukum Islam. Kedudukan Ijma’ dari segi ketepatan hukum adalah sama seperti hukum-hukum yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.  Ini berdasarkan  kepada firman Allah yang bermaksud;

            ”Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri di kalangan kamu....”. (Al-Nisa’: 59).

vi.  Ijtihad

Ijtihad  ialah pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qat’ie atau  secara putus dari al-Quran dan al-Sunnah. Ijtihad dilakukan dengan berpandukan kepada dasar-dasar umum dan roh yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Dalam hal ini bukan semua orang boleh mengeluarkan hukum syarak. Di antara syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang mujtahid ialah orang yang benar-benar menguasai bahasa Arab dan ertikata yang sebenarnya memahami al-Quran dalam erti kata mengetahui ayat-ayat yang nasikh dan mansukh dan sebagainya. Memahami hadith dengan betul dan boleh meneliti dengan baik.  Mengetahui kaedah-kaedah mengambil hukum, mengetahui masalah-masalah yang telah diijmakkan dan berbagai-bagai lagi. Perlu diingatkan ijtihad hanya berlaku kepada perkara-perkara yang tidak qat’ie.

Berhubung dengan dalil kebenaran menggunakan ijtihad; Muaz Bin Jabal yang diutuskan oleh Rasulullah ke negeri Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz apa yang beliau akan lakukan sekiranya dikemukakan sesuatu masalah? Jawab Muaz: ‘Dengan kitab Allah’. Tanya Nabi: ‘Jika tidak terdapat jawapannya dari kitab Allah?. Jawab Muaz: Sunnah Rasulullah’. Berkata Nabi: ‘Jika masih belum didapati jawapannya?. Jawab Muaz, ‘Aku akan berijtihad dengan pendapatku’.  Rasulullah gembira dengan pendapat Muaz itu.

v.   Tamadun Asing.

Islam tidak menolak segala hasil tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun selagi ianya tidak bercanggah dengan nilai Islam. Berdasarkan keistimewaan inilah tamadun Islam berkembang dengan cemerlang.

Sehubungan dengan ini Profesor Muhammad Qutb menjelaskan  bahawa Islam melindungi dan menyuburkan hasil-hasil tamadun yang dirintis oleh Greek, Romawi, Parsi dan negeri-negeri yang berada di bawah kekuasaannya selagi ia tidak bercanggah dengan konsep kepercayaan kepada Allah dan tidak menyelewengkan manusia dari tugasnya beribadat kepada-Nya. Begitu juga menurut beliau lagi, Islam tidak menentang perkembangan kemajuan dan tamadun lain selama ia mendatangkan kebaikan kepada manusia. Tamadun Islam tampil menentang tamadun-tamadun palsu dan akan berjuang sedaya upaya untuk melindungi umat manusia dari kemusnahan.

1.6 Prinsip-Prinsip tamadun Islam

i.          Memelihara jiwa dan nyawa

ii.         Memelihara akal

iii.        Memelihara maruah dan keturunan

vi.        Memelihara harta benda

v.         Memelihara hak dan kebebasan

1.7 Matlamat Tamadun Islam

Terdapat jurang perbezaan di antara matlamat tamadun Islam dengan matlamat tamadun moden khasnya Barat. Matlamat tamadun Barat hanya berkisar di sekitar melahirkan hubungan harmonis di antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar atas dasar perhubungan yang berbentuk material semata-mata tanpa mengambilkira aspek spritual (akidah dan akhlak).  Matlamat tamadun Islam ialah menjalinkan hubungan di antara manusia dengan Allah sebagai pencipta alam, di antara manusia sesama manusia dan di antara manusia dengan alam sekelilingnya. Oleh itu hubungan manusia dengan Allah adalah sebagai perkara utama yang perlu ditekankan dan sebagai landasan kepada manusia untuk menjalin hubungan sesama mereka dan menjalinkan hubungan dengan alam.

i.    Hubungan Di antara Manusia Dengan Allah

Hubungan manusia dengan Allah disebut sebagai ”hablum minnallah”.  Hubungan yang wujud itu meliputi hubungan fizikal dan metafizik, kebendaan dan kerohanian. Allah menjadikan manusia dengan tujuan untuk menghambakan diri kepada-Nya iaitu untuk beribadah kepada-Nya seperti yang diterangkan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

            “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”

                                                                                                                        (al-Zariat: 56)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa hubungan di antara manusia dengan penciptanya adalah hubungan yang berterusan dan tidak putus-putus dalam kehidupan seseorang Muslim. Prinsip hubungan seorang hamba dengan Khaliknya mesti dijelmakan dalam setiap aspek  hidup sama ada hubungan itu berbentuk ibadah khusus mahupun ibadah umum. Ini akan dapat mewujudkan fenomena yang dikehendaki Islam iaitu manusia meletakkan Allah sebagai keutamaan yang teratas dalam setiap agenda. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

            “Tiga perkara apabila ada pada seseorang dapatlah dia merasakan kemanisan imannya;  Pertama, Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala yang lain. Kedua, dia tidak menyintai seseorang kecuali kerana Allah dan yang ktiga, dia benci kepada perbuatan kufur sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka”.

Hubungan yang erat di antara hamba dan pencipta pasti melahirkan jiwa yang bersih dan tenteram yang mampu memakmurkan alam ini dalam bentuk serta acuan yang dikehendaki oleh syariat di samping melaksanakan segala tuntutan ”amar makruf nahi mungkar” (seru kepada yang baik dan cegah dari keburukan) dalam segala agenda bertindak mereka.

ii.   Hubungan Sesama Manusia

Hubungan manusia sesama manusia dikenali sebagai ”hablum minannas”.  Manusia pada setiap masa perlu menghubungkan diri sesama manusia dalam segenap bidang kehidupan. Masyarakat Islam ialah sebuah masyarakat yang bersifat universal. Islam terbuka kepada seluruh umat manusia tanpa memandang kepada perbezaan jenis, warna kulit, bahasa, bangsa, adat resam serta tidak terbatas kepada lingkungan geografi. Apa yang dikehendaki oleh Islam ialah saling kenal mengenal serta mengadakan hubungan yang baik sesama manusia dalam segenap lapangan hidup sama ada yang berupa peribadi atau kemasyarakatan. Perbezaan yang sedia ada seperti perbezaan warna kulit, kelainan keturunan, bahasa dan bangsa adalah menggambarkan kebesaran Allah serta sebagai satu rahmat kepada manusia. Ini juga dapat menyedarkan manusia bahawa mereka sebenarnya saling memerlukan di antara satu sama lain. Ini diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

            “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling takwa di antara kamu”. (al-Hujurat: 13)

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan sering berlaku dalam tamadun moden pada hari ini ialah isu kezaliman dan penganiayaan sesama manusia yang berlaku secara meluas. Nilai sebagai manusia tidak terjamin, kemanusiaan sudah luput lalu nilai-nilai kebinatangan yang menjadi pegangan orang yang tidak berakidah. Pada hari ini isu-isu perbezaan bangsa, warna kulit dan etnik menjadi penghalang besar kepada wujudnya kesatuan di kalangan manusia. Berbeza sekali dengan Islam yang menyeru kepada konsep persaudaraan sejagat. Keanggotaannya terbuka luas untuk semua umat manusia tanpa mengira darjat atau keturunan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud;

            “Tidak ada kelebihan seorang Arab ke atas seorang ‘ajam (bukan Arab) kecuali kerana takwanya”.

iii. Hubungan Manusia Dengan Alam

Manusia ditugaskan sebagai khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk memakmurkan alam ini. Segala kemakmuran dan kerosakan yang berlaku di alam ini akan dipersoalkan oleh Allah. Mereka sentiasa diperingatkan oleh Allah supaya tidak melakukan kerosakan dan kemusnahan seperti firman Allah yang bermaksud;

            “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini”. (al-Baqarah: 11)

Mustafa Haji Daud  menjelaskan bahawa perundangan yang telah digubal oleh Allah dalam hubungan manusia dengan alam sekitarnya mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia dalam dua perkara iaitu;

a)   Supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah apabila ia dikurniakan pangkat, kebesaran dan harta kekayaan.

b)   Supaya semua dipergunakan sebaik mungkin bagi memperolehi keredhaan Allah.

Hubungan manusia dengan alam sejagat boleh dibahagikan kepada:

a)   Hubungan manusia dengan alam ”nabatat” iaitu alam tumbuh-tumbuhan adalah makhluk Allah yang perlu dipelihara dengan sebaiknya.

b)   hubungan manusia dengan alam ”jamadat” iaitu alam rijid seperti batu, tanah, gunung dan kayu

c)   Hubungan manusia dengan ”hayawaniyat” aitu alam haiwan juga perlu dijaga.

Manusia dituntut supaya mengasihani dan mempunyai perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama makhluk walaupun terhadap haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

            “Sesiapa yang tidak mengasihani terhadap makhluk di bumi nescaya ia tidak akan dikasihani makhluk di langit

Sehubungan dengan itu manusia sebagai pembina tamadun harus merencana sesuatu perkara terlebih dahulu. Mereka harus mengambil kira kemakmuran dan keselesaan setiap makhluk yang ada di alam ini. Kerosakan dan kemusnahan yang berlaku ke atas makhluk bererti mereka melanggar perintah Allah dan akan menerima balasan. Kegagalan manusia memegang amanah Allah ini membawa kesan terhadap alam sekitar malah kehidupan mereka sendiri.  Segala kerosakan yang berlaku di alam ini adalah hasil daripada tindakan atau perlakuan manusia itu sendiri. Keadaan ini telah dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

            “Telah berlaku kerosakan di bumi dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia”.

                                                                                                                        (al-Rum: 41)

.

1.8  Ciri-Ciri Tamadun Islam

Terdapat beberapa ciri-ciri yang membantu untuk mencapai matlamat tamadun Islam di antaranya ialah;

a.   Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun Islam.  Tulisan mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam dan seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan manusia. Contohnya Kebangkitan kecemerlangan tamadun Islam di Sepanyol (Andalusia) pada abad ke 8M adalah kerana pemimpin Islam pada ketika itu cintakan kepada ilmu pengetahuan.

b.   Kemunculan kota atau bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain. Contoh pada peringakat awal Islam bandar Makkah dan Madinah sahaja yang ditadbirkan Islam, kemudian muncul pula bandar-bandar lain seperti di Afrika Utara, Afrika Tengah, Andalus dan lain-lain.

c.   Wujud ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju.  Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujud suatu bentuk ekonomi bandar. 

d.   Wujud bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana, masjid dan monumen-monumen penting lain yang mempunyai ciri-ciri senibina tersendiri.

e.   Wujud negara Islam. Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam. (keterangan lebih lanjut lihat  tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu oleh Wan Abdullah Wan Mahmood).

1.9 Ciri-Ciri Khusus Tamadun Islam

Ciri-ciri umum tamadun Islam pada dasarnya mempunyai persamaan dengan ciri-ciri tamadun Barat sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini. Ciri-ciri khusus tamadun Islam terkandung dalam ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam yang menggambarkan nilai sebenarnya ketamadunan Islam yang merupakan ciri-ciri yang membezakannya dengan tamadun yang lain. Di antara ciri-ciri tersebut ialah;

i)    Pegangan akidah

Tamadun Islam berbeza dengan tamadun lain, kerana tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia adalah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran sebagai kitab Allah yang terakhir diturunkan kepada manusia mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum-hakam yang membimbing manusia untuk mencapai perkembangan dan kesempurnaan hidupnya. Ajaran-ajaran yang dibawa oleh al-Quran telah mewujudkan tamadun yang unggul yang dipersembahkan oleh Islam kepada kemanusiaan. 

ii)  Tidak dipengaruhi hawa nafsu

Tamadun yang berteraskan kepada ajaran Islam sebagai “al-Din” memiliki panduan yang asli dan menyeluruh sebagai panduan sepanjang hayat dan tidak dipengaruhi hawa nafsu dan pendangan individu. Perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram, baik buruk, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semuanya jelas tertera di dalam kitab Allah dan Sunnah rasul-Nya.  Panduannya bersifat kekal, sesiapa  sahaja yang melakukan kesalahan tetap akan diadili dengan panduan atau undang-undang yang sama-sama. Ini berbeza dengan perundangan manusia yang dicipta oleh satu kumpulan atau bangsa yang tidak terjamin dari dipengaruhi oleh dorongan hawa nafsu dalam mewujudkan undang-undang tersebut.

iii) Terbuka kepada semua tamadun

Tamadun Islam bersifat universal kerana al-Quran dan al-Sunnah adalah sumber utama kepada seluruh umat manusia. Ajarannya bersifat terbuka dan menerima semua tamadun atau kebudayaan asalkan tidak bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. Pada peringkat awal, Islam dibawa oleh bangsa Arab diketuai oleh Rasulullah s.a.w. seolah-olah bersifat tempatan, kesukuan seperti agama kristian dan Yahudi. Akan tetapi ajarannya berbeza kerana  Negara Islam tidak memperjuang hak bangsa Arab semata-mata malah bersifat universal.  Sikap Islam amat menghargai perkara yang berfaedah bagi kepentingan ummah.  Oleh itu pada hari ini dunia telah menyaksikan realiti bahawa kebudayaan Arab, Parsi, India, China, Greek dan lain-lain yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber terbesar dalam tamadun Islam.

iv)  Sesuai dengan fitrah manusia

Tamadun Islam tegak di atas dasar yang seimbang dengan fitrah atau tabiat semualajadi dan selaras dengan kehendak manusia itu sendiri. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf kemanusiaan ke peringkat yang sempurna sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri. Oleh itulah Allah telah menurunkan Islam kepada umat manusia untuk diaplikasikan di dunia ini. Segala kepatuhan terhadap suruhan Allah adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Ajaran-ajaran dan nilai yang di bawa oleh Islam adalah bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Justeru itu tidak hairan jika tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajarannya selaras dengan  fitrah dan keperluan manusia.

v)   Bersifat syumul, konsisten dan global (universal)

Kesyumulan atau kesempurnaan ajaran Islam yang mendasari tamadun boleh diterangkan seperti berikut;

Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.

Tamadun Islam tidak menghadkan batas-batas dalam kehidupan manusia.  Tidak terikat kepada bangsa-bangsa tertentu atau tempat tertentu tetapi ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada al-Din. Ini bermakna tamadun Islam sangat sesuai dengan segala situasi dan menepati keperluan dan peredaran zaman. Perkembangan tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau sempadan geografi tertentu dan inilah yang membezakannya dengan tamadun lain seperti tamadun China, Greek, Parsi atau tamadun Barat hari ini.

vi)  Sepadu (intergrated)

Tamadun Islam bersifat intergrated iaitu memadukan antara nilai rohani (spritual) dengan nilai kebendaan (material). Kesepaduan di antara tanggungjawab ibadah kepada Allah s.w.t. dan urusan kehidupan duniawi dan antara kepentingan individu dan masyarakat. Konsep kesepaduan dan keseimbangan  ini selaras dengan kejadian manusia itu sendiri yang terdiri dari unsur rohani dan jasmani. Ini adalah berbeza dengan tamadun Barat yang mengamalkan konsep dualisme dalam tamadunnya. 

1.10  Faktor Keruntuhan Tamadun

Menurut Ibn Khaldun kemerosotan sesebuah tamadun merupakan putaran sejarah. Pada peringkat permulaan sesuatu tamadun itu berjaya kerana berpegang kepada  nilai-nilai baik tetapi selepas mencapai kegemilangan nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Para sarjana yang lain pula berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukan disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu boleh merosot disebabkan faktor-faktor berikut;

a)   Berlaku ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara di antara golongan kaya dan miskin. Situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada kurun ke 3M dan ke 4M.

b)   Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan telah diketepikan sama sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem kenegaraan dan perundangan telah tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contohnya.  wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman  yang dilakukan.

c)   Berlaku keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, Romawi dan Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin.  Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan ” Sesungguhnya tertegaknya sebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian moralnya. Sekiranya moral mereka hilang maka umat tersebut lenyap”.

d)   Amalan sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutama dari segi perubahan teknologi atau perubahan struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovatif sesebuah masyarakat yang seterusnya membawa mereka dalam keadaan beku atau jumud berpanjangan. Seorang tokoh pemikir semasa bernama Edward de Bono menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap anjakan paradigma (paradigm shift).  Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan oleh sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.

e)   Mala petaka atau bencana alam seperti banjir dan gempa bumi yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran dan boleh memusnahkan sesebuah tamadun. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun.   Bagaimana pun faktor ini diluar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku.

d)   Penolakan agama sebagai sistem kehidupan (agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam pemikiran dan tindakan politik pemimpin negara-negara).

2.   Konsep Tamadun Barat

Kebanyakan pemikir Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan atau material sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah masyarakat itu bertamadun ataupun tidak. Keadaan begini tidak aneh jika dirujuk kepada asas aspirasi tamadun Barat yang lebih merujuk kepada falsafah tamadun Yunani dan Romawi yang diwarisi masyarakat Barat sama ada melalui sistem politik, falsafah, pemikiran, sosial mahupun ilmu pengetahuan.

Sebagai contohnya nature tamadun Yunani itu sendiri lebih tertumpu kepada sesuatu yang bersifat fizikal yang terangkum dalam empat ciri utama;

·         Hanya yakin terhadap sesuatu yang dapat dirasa melalui pancaindera dan mengabaikan perkara yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera.

·         Kurang cenderung kepada nilai-nilai agama.

·         Amat meminati sesuatu yang bersifat duniawi dan kemewahan hidup kebendaan.

·         Mendukung daya fanatik kebangsaan yang cukup kuat.

2.1  Definisi Tamadun Barat

Konsep dan pengertian tamadun Barat boleh dilihat melalui huraian yang  diutarakan oleh tokoh-tokoh Barat berikut;

·         Arnold Toynbee

“Tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni”.

·         J.K.Fiebleman

“Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan lain perkataan, proses masyarakat terhadap material dengan menjadikan barang baru bagi keperluan tertentu. Di samping world view masyarakat itu sendiri berubah oleh benda-benda itu, ataupun daya usaha manusia itu dan kesannya ke  atas nilai manusia itu”.

·         Will Durant

”Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian”.

2.2   Perkembangan Tamadun Barat

Pemikiran dan falsafah sejarah Barat adalah berteraskan pemikiran dan falsafah sejarah Yunani dan juga Rumawi. Ia menjadi asas kehidupan bagi orang Barat sejak beribu-ribu tahun dahulu setelah negara-negara Barat dikuasai oleh agama Kristian yang menjadi empayar Rom dan Byzantine. Orang Kristian lebih menumpukan kepada bidang kerohanian dari bidang keduniaan yang akhirnya membawa pemisahan di antara agama dari sistem pemerintahan atau gereja dan negara. Paderi-paderi Kristian telah menyalahgunakan kuasa gereja sehingga berlakunya pemberontakan terhadap institusi gereja dan agama Kristian di Eropah. Serentak dengan itu lahir ideologi sekular di Barat (fahaman yang memisahkan di antara urusan dunia dan akhirat/agama).

Akhirnya, orang Barat mula menerokai bidang sains khususnya sains fizik dengan membelakangkan falsafah agama yang berbentuk spritual. Bermula pemisahan keilmuan di antara kehidupan dan beragama dalam masyarakat Barat. Agama menjadi sesuatu yang asing dan terpencil, gereja ditinggalkan oleh manusia Barat dan kehidupan seharian terpisah dari ajaran agama. Kemudian timbul pula teori-teori falsafah dan pemikiran seperti teori evolusi dipelopori oleh Darwin pada tahun 1959, teori kesatuan kebudayaan oleh Oswald Spengler, teori nasionalisme dan lain-lain. Daripada pemikiran dan falsafah inilah yang membentuk kerangka kehidupan masyarakat moden sekarang.

2.3 Dasar Tamadun Barat

Dasar tamadun Barat amat berkaitan dengan falsafah dan tradisi berfikir masyarakat Barat yang melahirkan tamadun tersebut. Orang Barat telah melahirkan aliran pemikiran yang disebut materialisme. Menurut Dr. Yusof al-Qardhawi, materialisme ialah pemikiran yang hanya mempercayai segala sesuatu yang ada kaitannya dengan material semata-mata. Beliau menjelaskan pemikiran Barat adalah pemikiran materialisme yang memandang rendah terhadap perkara-perkara spritual. Dalam menjelaskan ciri-ciri pemikiran tamadun Barat, Dr. Yusof al-Qardhawi telah merumuskan kepada perkara-perkara berikut;

·         Kejahilan dalam memahami konsep ketuhanan

·         Kecenderungan kebendaan

·         Aliran sekularisme

·         Perbalahan dan pertelingkahan

·         Rasa lebih tinggi daripada orang lain.

Manakala sifat-sifat asasi tamadun Barat yang diutarakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah seperti berikut;

·         Tamadun Barat diikat dengan pengaruh adat-adat dahulu.

·         Berasaskan falsafah  (pemikiran)dan bukannya agama.

·        


PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA DARI SUDUT PERLEMBAGAAN, PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN DAN BAHASA

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

(CTU 151)

 MILIK : NURUL AISYAH YAP


ISI KANDUNGAN

 

   1.   PENDAHULUAN

TEORI KEDATANAGN ISLAM DAN FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA

   2.   ISI-ISI:

2.1       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.3    PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.4  PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA

2.5       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA DI MALAYSIA

2.6       PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA

3.     KESIMPULAN

4.   RUJUKAN

PENDAHULUAN

Tamadun Malaysia sebelum kedatangan Islam, menerima lebih pengaruh yang berasaskan kepada kepercayaan unsur ajaran hinduisme, animisme, buddhisme, dinammisme, hyang, premis dan lain-lain. Namun, setelah perkembangan Tamadun Islam sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikut ajaran Sunnah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad dan cara hidup rakyat Malaysia sejak 12 Masihi lagi telah terbukti adalah berpaksikan kepada ajaran Islam.

      Terdapat pelbagai teori yang telah dikaitkan dengan perkembangan ketamadunan Islam di Malaysia, antaranya adalah teori kedatangan Islam daripada Arab, Cina dan India. Professor C.A. Majul menyatakan bahawa penguasaan pedang dari Arab yang telah memonopoli perdagangan di rantau India, Mesir dan Asia Tenggara bertanggungjawab ke atas penyebaran Islam di Alam Melayu dan Asia. Antara kesan yang masih wujud pada hari ini adalah seperti nama-nama hari yang telah diadaptasikan penggunaan dalam Bahasa Melayu seperti Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan sebagainya juga asalnya daripada perkataan Arab.

      Manakala Professor S.Q Fatimi pula berpendapat bahawa penyebaran Islam sehingga membawa ketamadunan di Malaysia berpunca dari negeri China. Menurut beliau, pada 876 Masihi terdapat perpindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton akibat berlakunya pemberontakan. Dan orang-orang Islam tersebut terpaksa merantau sehingga ke nusantara. Hubungan diplomatik Malaysia dengan China yang telah lama terjalin juga, secara tidak langsung, mendorong kepada penyebaran Islam di Malaysia, tambahan pula, agama Islam telah lama dianuti oleh masyarakat China.  Terdapat beberapa kesan yang visibel terdapat di Malaysia yang menyokong pendapat Prof. S.Q Fatimi. Contohnya seperti senibina masjid yang berbentuk seperti pagoda, iaitu corak senibina utama kaum China, yang terdapat di Melaka dan sekitar kepulauan Jawa. Tembikar bertulisan khat Al-Quran juga menjadi bukti kukuh yang menyokong kedatangan Islam ke Alam Melayu dan Malaysia adalah menerusi orang Cina.

      Tidak terkecuali juga sebahagian besar tokkoh yang menyatakan bahawa Islam dibawa ke Malaysia dari negara India. Berdasarkan teori tersebut, pedadang India yang beragama Islam berdagang ke kepulauan Melayu turut menyebarkan agama Islam kepada masyarakat tempatan.  Antara kesan yang menunjukkan bahawa Islam di Malaysia datangnya dari India adalah bilangan India Muslim yang tidak kurang jumlahnya di Malaysia ini, dan juga mazhab yang dianuti oleh muslim di nusantara secara amnya, adalah sama dengan mazhab yang dianuti oleh majoriti Islam di India, kesusteraan Melayu juga menampakkan unsur tradisi Islam di India.

      Perkembangan pesat Islam di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak adalah kesucian, kemurnian serta keagungan Islam itu sendiri.

2.1       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat serantau. Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk adalah pada teras undang-undang, iaitu Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Kenyaataan pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1, Perkara 3 mengenai Ugama bagi Persekutuan.

Contohnya Perkara 3(1): “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”Perkara tersebut bermaksud agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan dan Negara Malaysia supaya mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing. Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama yang agong, tapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk mengamalkan agama masing-masing di Negara ini.  

Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan menubuhkan sebuah Majlis untuk memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan agama Islam. Perkara 3 (5), Perlembagaan Persekutuan: “Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjai Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.” 

Manakala Perkara 12 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa : “Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuh dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaiatan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.” 

Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasarnya agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan. Dengan itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunya kuasa untuk menyelenggara dan menubuhkan kemudahan dan institusi Islam. Contoh penubuhan institusi Islam adalah seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pembinaan surau-surau dan masjid-masjid di seluruh Negara untuk kemudahan rakyat melaksanakan aktiviti keagaamaan. Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan juga mempunyai hak istimewa untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan membantu dan melaksanakan pengajaran agama Islam. Contohnya seperti penubuhan Sekolah Agama, PERKIM dan sebagainya.

2.2       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada pendidikan di Negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan sebagainya di Negara ini, malah, juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru-guru dan murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru-guru pada zaman kedatangan Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan sebagainya. Manakal murid-murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di Tanah Melayu, maka lahirlah ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan Sirat al-Mustaqim.

Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan formal adalah pendidikan yang didapati dari institusi pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan akhlak.

Manakala pendidikan tidak formal pula adalah pengajaran yang berlaku secara langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis tidak formal ini merangkumi cara berfikir, amal, kercergasan muslim dalam bidang ekonomi dan sebagainya. Pendidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun temurun.

Empat pencapaian awal bidang pendidikan Islam di Malaysia adalah seperti berikut:

(i)            Kelahiran nashkah-naskhah Melayu. Naskhah-naskhah tersebut dicetak dalam tulisan Arab, iaitu bahasa al-Quran. Naskhah-naskhah tersebut merangkumi bukan sahaja bidang agama Islam, tetapi juga meliputi bidang pemerintahan, ilmu falak, kemasyarakatan dan sebagainya. 

(ii)          Kewujudan institusi pendidikan agama Islam. Selaras dengan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan institutsi pendidikan agama Islam bertujuan membangunkan umat Islam di Malaysia serta memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk melihat luasnya bidang pengajian Islam dan pendidikan yang boleh didapati berteraskan Islam. Institusi pendidikan agama termasuklah istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Islam, pusat-pusat latihan dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan untuk kelas-kelas fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam di Negara in yang bagai cendawan tumbuh adalah simbolik kepada kekuatan dan kedalam pengaruh Islam terhadap pendidikan di Negara ini. 

(iii)         Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam. Pasa asalnya, pendidikan agama Islam diberikan kepada sultan-sultan dan kerabat diraja di istana. Pengaruh Islam telah mendorong sultan untuk mengarahkan ulama-ulama Melayu dan ulama asing untuk bekerjasama menterjemahkan al-Quran kepada Bahasa Melayu. Usaha ini adalah untuk menerangkan lagi isi kandungan kitab suci tersebut serta memudahkan masyarakat Malaysia untuk merujuk al-Quran untuk setiap urusan dan permasalahan.

(iv)         Kemunculan golongan intelektual. Penyebaran luas agama Islam serta falsafah agama di rantau Melayu amnya dan Malaysia khasnya, telah berjaya melahirkan golongan intelektual yang terdiri daripada bangsa Melayu sendiri. Hal ini kerana pengajaran agama Islam itu sendiri yang syumul dan mudah, masyarakat Melayu lebih mudah menerima didikan agama Islam dan oleh kerana ciri-ciri unik agama Islam sendiri, telah mendorong masyarakat Melayu untuk berusaha sehingga lahirnya golongan intelektual tanah air sendiri. Dan golongan intelektual inilah yang menjadi tunjang kepada kemerdekaan dan pembangunan Negara. Pendidikan dan ajaran Islam juga telah menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, malah di sekolah, tiada had dan paksaan bahawa hanya pelajar Islam sahaja yang boleh mempelajari ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila ada masyarakat bukan Islam yang mahir selok belok undang-undang Islam di Malaysia serta cara hidup orang Islam di Malaysia. Oleh kerana pengaruh dan peranan Islam dalam system pendidikan Malaysia, membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni kerana wujudnya persefahaman.

2.3  PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM KEBUDAYAAN MALAYSIA

Kebudayaan sesuatu masyarakat terdiri daripada beberapa aspek seperti: kesenian, adat istiadat, cara hidup dan juga nilai-nilai asas masyarakat tersebut. Begitu juga apabila menilai peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia, adalah lebih baik dinilai dari semua segi dan aspek kebudayaan.

(i)            Kesenian

Pengaruh Islam terhadap aspek kesenian dan budaya Malaysia dapat dilihat pada perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Contoh batu nisan terawal yang mempunyai nilai Islam adalah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir bertarikh 903 di Kedah. Masjid di Malaysia pula mempunyai ciri-ciri Islamiah yang tidak ternilai keunikan serta kehalusan seni binaan Islam. Contohnya seperti mihrab, mimbar dan juga hiasan setiap sudut dalam masjid yang dihias dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat-ayat suci al-Quran. Kedatangan Islam di Malaysia juga telah mencorakkan kesenian Negara ini dan menggabungkan kesenian bangsa-bangsa di Malaysia. Contohnya seperti pembinaan Masjid Kampung Hulu di Melaka yang senibina uniknya terbina dari gabungan kesenian Islam dan seni bina Cina. 

(ii)          Adat Istiadat

Kedatangan Islam di Malaysia telah melengkapkan adat istiadat Malaysia yang memang kaya dengan intisari peradaban. Malah, Islam itu sendiri telah membentuk teras bagi identiti / status Melayu. Jika dirujuk kepada perlembagaan Malaysia, seseorang warga Negara Melayu adalah orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Agama Islam yang mencintakan kedamaian dan keharmonian juga membolehkan bangsa-bangsa lain di Negara ini untuk mengamalkan adat istiadat masing-masing tanpa merisaukan dikenakan tindakan atau hukuman. Selain daripada itu, pengaruh Islam juga boleh dilihat dari segi adat dan cara perkahwinan orang-orang Islam di Malaysia, kaum Melayu khasnya. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu lebih mengamalkan cara dan adat Hindu, iaitu agama terawal yang telah diperkenalkan kepada rantau Melayu. Contoh budaya Hindu yang diamalkan seperti upacara menepung tawar pengantin pada kenduri kahwin. Penyerapan agama Islam telah mengubah kebanyakan orang Melayu di Malaysia dari segi adat perkahwinan, dan ramai yang sedar tentang kebertentangan adat menepung tawar dengan ajaran Islam, maka meninggalkan adat tersebut. 

(iii)         Cara Hidup

Cara hidup masyarakat Malaysia sebelum menerima pengaruh dan penyerapan nilai Islam, kebanyakannya berasaskan kepada budaya asas ideology penjajah. Contohnya seperti perbezaan kelas sosial dalam masyarakat. Setelah kedatangan Islam, yang membawa nilai akidah yang tinggi, tembok kelas sosial dapat diruntuhkan dan masyarakat berbilang kaum dan kedudukan boleh berkumpul bersama. Islam telah memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik, di mana sistem ini adalah berkonsepkan keadilan tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Antara kesannya boleh dilihat melalui perlantikan perwakial Legislature (Perundangan) di Malaysia yang mengamalkan kebebasan dan hak pengundi. Setiap undian dikira dengan adil dan saksama dan rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin masing-masing. 

(iv)         Nilai-nilai Asas Masyarakat

Islam mempengaruhi nilai dan asas kehidupan segenap masyarakat di Malaysia. Antaranya adalah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat memperkukuhkan akhlak rakyat dalam Malaysia. Contohnya seperti ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt., hormat dan taat kepada pemimpin, patuh kepada undang-undang, bermuafakat, meraikan tetamu, hormati orang yang lebih tua dan sebagainya. Sebelum kedatangan Islam, rakyat kebanyakannya hidup isolated iaitu terasing. Masing-masing mengamalkan cara hidup hasil teladan daripada asas adat dan budaya masing-masing. Namun, kedatangan Islam telah berjaya menyatupadukan rakyat dan penerapan nilai-nilai Islam dapat dihayati oleh semua warga Malaysia.

2.4       PERANAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM BAHASA  DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan Islam di Malaysia, bahasa dominan di Tanah Melayu adalah bahasa Jawab dan Melayu Kuno. Dan Bahasa Sanskrit pula telah dijadikan sebagai bahasa ilmu. Setelah kedatangan Islam di Malaysia, bahasa Arab telah dijadikan sebagai bahasa perantara. Manakala bahasa-bahasa Arab juga diadaptasi dan digunakan bersama-samaan dengan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Contohnya seperti nama hari iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan sebagainya. Nama-nama benda juga banyak diadaptasi dari bahasa Arab, seperti kitab, surat dan sebagainya. Dan bahasa-bahasa ini bukan sahaja digunakan oleh umat Islam di Malaysia sahaja, malah telah dijadikan sebahagian daripada bahasa rasmi Negara, iaitu Bahasa Melayu yang ditutur oleh setiap lapisan masyarakat.

2.5 PENGHAYATAN PENGARUH ISLAM DALAM PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA

Status agama Islam yang telah diangkat dan ditetapkan sebagai agama rasmi Persekutuan di Malaysia telah memberi impak kepada aplikasi Islam dalam pelbagai aspek kehidupan di Malaysia. Contohnya seperti bidang sosila, ekonomi, sistem politik dan pentadbiran, dan pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan kepada setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja begitu, dari segi akidah,undang-undang serta sastera juga dapat dilihat kesan daripada pengaruh Islam di Malaysia.

Istana Kehakiman di Putrajaya yang berciri-cirikan seni bina Islam

KLCC – direka oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang juga berciri-cirikan Islam

3.0       KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam di Malaysia telah banyak mencorakkan bukan sahaja kehidupan umat Islam di Malaysia, tetapi juga rakyat bukan Islam di Malaysia. Hanya dengan mengimbau perkembangan tamadun di Malaysia dan peranan agama Islam di Malaysia itu sendiri dapat membantu seseorang muslim untuk mengenali identiti dirinya dengan lebih baik, dari aspek keagamaan dan kenegaraan. 

Sebelum kedatangan Islam, tamadun Malaysia bermula dari asas yang rapuh dengan kepercayaan masing-masing yang terbina daripada elemen-elemen yang dicipta oleh menausia sendiri. Dan setelah dijajah oleh beberapa kuasa asing ke atas Tanah Melayu, menyukarkan lagi perpaduan dan penyusunan struktur tamadun di Malaysia. Dengan kedatangan Islam, Malaysia setelah merdeka telah beridentitikan Negara Islam, nilai-nilai Islam telah diserapkan ke dalam seluruh aspek kehidupan masyarakat di Malaysia. 

Dengan petunjuk dari agama Islam, Malaysia mampu membangun dengan pesat dan harmoni. Rakyatnya pula bertolak ansur dan sentiasa mengamalkan nilai muafakat dan saling hormat-menghormati hak orang lain. Dengan berteraskan Islam juga, hak dan kebebasan setiap kaum sentiasa terpelihara. Nilai yang murni ini berasas daripada agama Islam dan boleh dirujuk seperti dalam Perlembagaan, Perkara 8(1) yang memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Perkara 8(2) :” Tidak boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama…” 

Kesan pengaruh Islam di Malaysia bukan sahaja meliputi subjek yang luas, tetapi juga membolehkan Negara Malaysia sebuah Negara yang telah mendapat penghargaan dan penilaian sebagai sebuah Negara majmuk yang paling aman dan harmoni di dunia. Malah terdapat warga asing yang ingin menyelami akar umbi keharmonian tersebut, dan apabila menemui jawapannya, agama Islam lah teras pembangunan dan perpaduan di Malaysia.

Tamadun Islam membawa hanya kebaikan kepada pembangunan sesebuah Negara. Jika hendak memperkukuhan martabat dan tamadun Malaysia, haruslan berpaksikan kepada ajaran agama Islam dan nilai-nilai Islam itu sendiri.

4.0 RUJUKAN

         I.    Modul pembelajaran CTU 151: Pemikiran dan Tamadun Islam, InED, UiTM

       II.    Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam, terbitan IKIM,2005

      III.    Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, Buku Teks Tamdun Islam dan Tamadun Asia, Oxford Fajar, 2009

     IV.    Pengantar Tamadun & Sejarah Pemikiran Islam, UiTM

      V.    Perlembagaan Persekutuan, Cetakan Hingga 1 Mac 2010, ILPS

     VI.    http://en.wikipedia.org/

One thought on “Contoh Penutup Assignment Ctu 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *